pulang kampung dengan bas,
bas masuk dalam longkang,
masaku disini cukup terbatas,
hanya coretan tempat menumpang.
tiada apa sebenarnya tempat lain untukku merungkai isi hatiku.this is the only place that i could seal out my expression.aku mulakan coretku dengan pantun agar melayu tidak lupa asal-usul sebenar.setelah sekian lama hidup iaitu hampir 19 tahun,aku baru dapat merasakan yang sebenarnya melayu hanya sedikit.apa rasianolnya aku cakap begitu?tidak lain dan tidak bukan kerana melayu yang kononnya islam asyik bertelagah sesama sendiri.saban hari kita terbaca secara sengaja mahupun tidak muka-muka akhbar mengenai perbalahan antara melayu.apakah tidak ada rasa kasih sayang antara kita.kemanakah hala tuju kita nanti?dimanakah tempat letak kita setelah 10 tahun akan datang?adakah akan tetap begini?aku tinggalkan soalan ini supaya aku dapat fikirkan apa yang akan berlaku.
inilah tanggapan peribadi aku tentang dunia malaysia sekarang.aku penat membaca perkara yang sama tiap-tiap kali aku membuka akhbar.aku inginkan sebuah kedamaian yang aku pasti susah untu digapai.aku pohon,aku pohon,aku pohon padaMu ya Allah agar Kau kuatkan segala iman didadaku.aku sebenarnya hanya insan biasa yang inginkan kehidupan lebih sempurna.pertama kalinya aku mestilah merubah sikap diriku,tanggapan insan lain terhadapku sebelum aku melangkah lebih jauh lagi.telah banyak kesalahanku yang lampau dimana ia terus membelenggu perasaanku, adakah aku bisa menahannya.aku harap aku dapat perbaiki segala kesilapanku yang telah lalu.
Sekian.