Sunday, May 2, 2010

Pengharapanku


bismillahirrahmanirrahim,



pulang kampung dengan bas,
bas masuk dalam longkang,
masaku disini cukup terbatas,
hanya coretan tempat menumpang.


tiada apa sebenarnya tempat lain untukku merungkai isi hatiku.this is the only place that i could seal out my expression.aku mulakan coretku dengan pantun agar melayu tidak lupa asal-usul sebenar.setelah sekian lama hidup iaitu hampir 19 tahun,aku baru dapat merasakan yang sebenarnya melayu hanya sedikit.apa rasianolnya aku cakap begitu?tidak lain dan tidak bukan kerana melayu yang kononnya islam asyik bertelagah sesama sendiri.saban hari kita terbaca secara sengaja mahupun tidak muka-muka akhbar mengenai perbalahan antara melayu.apakah tidak ada rasa kasih sayang antara kita.kemanakah hala tuju kita nanti?dimanakah tempat letak kita setelah 10 tahun akan datang?adakah akan tetap begini?aku tinggalkan soalan ini supaya aku dapat fikirkan apa yang akan berlaku.


inilah tanggapan peribadi aku tentang dunia malaysia sekarang.aku penat membaca perkara yang sama tiap-tiap kali aku membuka akhbar.aku inginkan sebuah kedamaian yang aku pasti susah untu digapai.aku pohon,aku pohon,aku pohon padaMu ya Allah agar Kau kuatkan segala iman didadaku.aku sebenarnya hanya insan biasa yang inginkan kehidupan lebih sempurna.pertama kalinya aku mestilah merubah sikap diriku,tanggapan insan lain terhadapku sebelum aku melangkah lebih jauh lagi.telah banyak kesalahanku yang lampau dimana ia terus membelenggu perasaanku, adakah aku bisa menahannya.aku harap aku dapat perbaiki segala kesilapanku yang telah lalu.

Sekian.

Friday, April 30, 2010

permata

sebelum tidur,izinkan ku mencoret sepatah dua kata.

aku telah jumpa permata yang jatuh,lalu aku kutip.
permata itu tidak berkilauan walaupun ku gilap siang dan malam,hari demi hari.
sehingga saat ini,ku masih menggilapnya,
ku harap suatu ketika nanti,
permata kembali bersinar,
seperti ia seakan-akan baru.
ku tetap akan gilap,ku tetap akan gilap.

Sekian.

hidupku sehingga pertengahan 2010

inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu.
telah lama blog ku menghilang.kenapa ?bagaimana?siapa?itulah soalan-soalan guru-guru disekolah yang tiada kaitan dengan postku ini.

Hidupku pada 2o10 ini entah bagaimanalah.sehingga pertengahan tahun ini,hidupku masih seperti dahulu.tapi aku rasa kini aku makin tahu menilai apa yang ada didepan mahupun di belakang mataku.alhamdulillah.Aku telah menghabiskan 2 sem di utmkl,syukur kerana dpt dipanjangkan umur untuk hidup.dan sepanjang liku-likuku di uni,banyak cabaran yang telah aku hadapi.banyak dugaan yang ku terima., dan banyak duri yang telah ku pijak.

Aku merasakan keseorangan pabila masalah menimpa,terasa pedihnya segala yang jatuh di atas kepala., tetapi ku insan yang lemah memang benar-benar perlukan sahabat yang memahami., dan disaat aku di uni aku belajar semua erti seorang sahabat.dimana perlunya sahabat,bila,dan siapakah sahabat yang ku jumpa itu.

Pabila menjejakkan kakiku ke uni, barulah aku mengenali siapa diriku,apa kehendakku, kemanakah hala tujuku dan dimanakah aku berada sebenarnya. Hidup seorang perantau banyak mengajarku erti hidup yang sebenar. Itulah hakikatnya insan yang bernama Ashraf setelah menjejakkan kaki ke universiti.

Pengalaman masa dahuluku, banyak mengajarku.Aku pohon ampun dan maaf kepada insan-insan yang telah aku sakiti dan pijak satu ketika dahulu.Aku berharap tiada apa yang kalian simpan dalam hati kalian, kerana aku hanyalah insan yang lemah tidak mengerti apa itu erti kehidupan pada suatu ketika dahulu.

Telah banyak yang ku coretkan pagi ini.Cukuplah sekadar ini ku luahkan padamu, blogku.insan lain mungkin tidak mengerti isi hatiku, tapi hanya blog saja penemanku.

Sekian.